Narges Mohammadi
Narges Mohammadi

Narges Mohammadi

Narges Mohammadi (Parsi: نرگس محمدی‎code: fa is deprecated ; lahir 21 April 1972) ialah seorang aktivis Iran. Beliau timbalan presiden Pusat Pembela Hak Asasi Manusia diasaskan Shirin Ebadi.[3] Beliau memperjuangkan tindakan ingkar awam menentang peraturan kewajiban bertudung dalam kalangan kaum wanita negaranya yang mendapat perhatian lanjut selepas kematian Mahsa Amini didera pihak mutawin Pasukan Penguatkuasaan Undang-Undang Republik pada September 2022, bahkan laporan siasatannya yang membongkar dera fizikal dan seksual para mutawin terhadap wanita ditahan turut tersebar seluruh dunia tidak lama selepas kejadian itu serta tunjuk perasaan yang menyusul.[4]Pada Mei 2016, beliau dihukum penjara di Tehran selama 16 tahun atas perjuangannya mendesak pemansuhan hukuman mati.[5] Beliau dibebaskan tahun 2020 tetapi ditahan dan dipenjarakan kembali tahun 2021. Semasa tempoh pemenjaraan kedua inilah beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada Oktober 2023 atas "perjuangannya menentang penindasan terhadap kaum wanita di Iran serta membela hak asasi manusia dan kebebasan untuk semua".[6][7]

Rujukan

WikiPedia: Narges Mohammadi https://era.library.ualberta.ca/items/6b552565-6ff... https://web.archive.org/web/20221110174003/https:/... http://www.rferl.org/a/1079544.html https://web.archive.org/web/20210127144458/https:/... https://www.theguardian.com/world/iran-blog/2012/a... https://web.archive.org/web/20120615233544/http://... https://www.bbc.com/news/world-middle-east-6408470... https://web.archive.org/web/20231006102526/https:/... https://www.theguardian.com/global-development/201... https://web.archive.org/web/20190918083405/https:/...